Negara kita kaya dengan buah-buahan. Contohnya durian, rambutan, duku, langsat, manggis dan sebagainya. Buah kegemaran saya ialah betik.
Betik ialah sejenis buah yang mempunyai banyak biji. Kulit buah betik berwarna hijau apabila mentah dan bertukar menjadi kuning kemerahan apabila masak.
Isi buah betik lembut dan manis. Buah betik sangat popular di Malaysia kerana harganya murah dan mudah didapati di gerai buah-buahan.
Buah ini sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan kerana kaya dengan vitamin C dan mineral. Oleh itu, saya amat menggemari buah ini.
Soalan
1) Berikan tiga contoh buah-buahan tempatan.
2) Berikan tiga contoh buah-buahan import.
3) Mengapakah buah betik popular di Malaysia ?
4) Apakah kebaikan buah betik ?
答案
1)Durian, rambutan dan manggis.
2)Epal, oren dan anggur.
3)Buah betik popular di Malaysia kerana harganya murah dan mudah didapati di gerai buah-buahan.
4)Kebaikan buah betik ialah kaya dengan vitamin C dan mineral serta baik untuk kesihatan.
没有评论:
发表评论