Pada hari Sabtu yang lalu, Ali mengikut ibunya pergi ke pasar.
Ali mendapati ramai orang sudah berada di sana pada waktu itu. Terdapat gerai ikan, gerai sayur, gerai buah-buahan, gerai pakaian dan sebagainya.
Suasana di pasar riuh-rendah. Kelihatan para pelanggan sedang tawar-menawar dengan para penjaja.
Ibu Ali telah membeli seekor ikan kembung, seikat sayur sawi, sebiji tembikai dan sepasang baju kurung.
Selepas itu, mereka pun pulang ke rumah.
Soalan
1) Tuliskan gerai yang terdapat di pasar.
2) Bagaimanakah suasana di pasar ?
3) Apakah yang dilakukan oleh para pelanggan ?
4) Tuliskan barangan yang dibeli oleh ibu Ali.
答案
1) Gerai ikan, gerai sayur, gerai buah-buahan, gerai pakaian dan sebagainya.
2) Suasana di pasar riuh-rendah.
3) Para pelanggan sedang tawar-menawar dengan para penjaja.
4) Seekor ikan kembung, seikat sayur sawi, sebiji tembikai dan sepasang baju kurung.
没有评论:
发表评论