一年级,实兆远,怡保,浮罗交怡,爱心教育,忧郁,flash card

显示标签为“马来文,练习,二年级,KSSR”的博文。显示所有博文
显示标签为“马来文,练习,二年级,KSSR”的博文。显示所有博文

2020年3月17日星期二

二年级国语语法练习题(KSSR)

1) Selvi makan sekeping roti sebagai _______________ sebelum ke sekolah .

2) Pemburu telah melepaskan se_______________ tembakan ke arah rusa itu.

3) Hashim menanggalkan kasut _______________ masuk ke dalam rumah.

4) _______________kah caranya untuk membuat kek ini ?

5) Harimau merupakan binatang _______________.

6) Keadaan di rumah terus menjadi _______________ apabila bekalan elektrik terputus.

7) Petani itu meletakkan _______________ di tengah sawah padi.

8) _______________ mesti memakai topi keledar apabila berada di jalan raya.

9) Budak itu sedang _______________ rancangan televisyen.

10) Murid-murid tidak dapat bersenam di padang kerana hujan _______________.

11) Pak Abu _______________ pokok itu dengan sebilah kapak.

12) "_______________ akan berangkat sekarang, " titah Sultan Mansur.


答案供选择
  • lebat
  • orang-orang
  • Beta
  • alas perut 
  • Kita
  • liar
  • menonton 
  • das
  • Bagaimana
  • menebang 
  • gelap-gelita
  • lalu

二年级国语理解练习题(KSSR)

        Pada hari Sabtu yang lalu, Ali mengikut ibunya pergi ke pasar.
        Ali mendapati ramai orang sudah berada di sana pada waktu itu. Terdapat gerai ikan, gerai sayur, gerai buah-buahan, gerai pakaian dan sebagainya.
        Suasana di pasar riuh-rendah. Kelihatan para pelanggan sedang tawar-menawar dengan para penjaja.
        Ibu Ali telah membeli seekor ikan kembung, seikat sayur sawi, sebiji tembikai dan sepasang baju kurung.
        Selepas itu, mereka pun pulang ke rumah.

Soalan
1) Tuliskan gerai yang terdapat di pasar.

2) Bagaimanakah suasana di pasar ?

3) Apakah yang dilakukan oleh para pelanggan ?

4) Tuliskan barangan yang dibeli oleh ibu Ali.

答案
1) Gerai ikan, gerai sayur, gerai buah-buahan, gerai pakaian dan sebagainya.

2) Suasana di pasar riuh-rendah.

3) Para pelanggan sedang tawar-menawar dengan para penjaja.

4) Seekor ikan kembung, seikat sayur sawi, sebiji tembikai dan sepasang baju kurung.